|
Latar Belakang |
|
|
Jabatan Pembangunan Islam merealisasikan
falsafah pentadbiran bercorak Islam sejajar dengan slogan negeri Kelantan
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM ke dalam pentadbiran Majlis dan
masyarakat perbandaran. Lebih berbangga kerana Majlis Perbandaran Kota Bharu
Banara Raya Islam
merupakan satu-satunya yang menubuhkan Jabatan Pembangunan Islam yang
antara lainnya berfungsi untuk :
Melaksanakan sistem Pentadbiran Islam dalam
pentadbiran dan pembangunan Majlis bagi melahirkan masyarakat penyayang
dan cintakan Islam bersesuaian hasrat dan inspirasi kerajaan "MEMBANGUN
BERSAMA ISLAM"
Meninggikan imej korporat Majlis yang Islamik dan
dinamik sebagai satu jabatan yang memahami serta menghayati Islam. |
 |
| |
Bidang Tugas J.P.I |
 |
Mempastikan nilai-nilai Islam dihayati
dalam pentadbiran MPKB
Mengendalikan program-program kefahaman Islam di
MPKB
Melaksanakan pembangunan Majlis menurut kehendak Islam
Bertanggungjawab memupuk dan mempertingkatkan kerjasama
antara MPKB dengan masyarakat dalam kawasan
MPKB
Melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar
Membina sebuah masyarakat
yang penyayang dan cintakan Islam |
|
Strategi Jabatan |
|
Mempastikan nilai-nilai Islam dihayati
dalam pentadbiran MPKB
Mengendalikan program-program kefahaman Islam di
MPKB
Melaksanakan pembangunan Majlis menurut kehendak Islam
Bertanggungjawab memupuk dan mempertingkatkan kerjasama
antara MPKB dengan masyarakat dalam kawasan
MPKB
Melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar
Membina sebuah masyarakat yang penyayang dan cintakan Islam |
 |
| |
Aktiviti-aktiviti
Jabatan |
 |
Mengendalikan Operasi
Maksiat Dan Hiburan Di Kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu
Kawalan di pasar-pasar malam bagi
memastikan semua peniaga pasar malam dan juga menunaikan sembahyang maghrib berjemaah.
Operasi nasihat dijalankan pada hari Sabtu yang meliputi kawasan: Taman Hijau dan Padang
Merdeka, Laman Siti khadijah, sekitar Bandar Kota Bharu dan Sekitar Kawasan Kota
Sri Mutiara
Menguatkuasakan peraturan menutup aurat di premis-premis
perniagaan di kawasan Majlis
Operasi Sepadu melibatkan MPKB, Jabatan
Hal Ehwal Islam Kelantan, Polis Diraja Malysia, Imigresin dan Agensi
Dadah Kebangsaan. Operasi ini melibatkan
tempat-tempat maksiat yang telah dikenalpasti.
MPKB menubuhkan pasukan sukarela iaitu Skuad Hisbah
Seminar Keluarga Bahagia. Diadakan kepada
semua ibu bpa dan anak-anak. Selalu diadakan dikawasan taman perumahan.
Sudut Syarie: Syarahan, Nasyid
Kuliah Agama untuk kakitangan Majlis diadakan di Bilik Bunga Raya (Setiap
Minggu)
Kon Mustamian (Dakwah Bergerak):
Van JPI akan turun ke pasar-pasar untuk memasang kaset-kaset ceramah
agama.
Mengendalikan Masjid Baroah : dengan mengadakan Kuliah ringkasKelas dan
pengajian ilmu-ilmu Islam setiap minggu hari Sabtu 8.00 pagi hingga 4.00
Petang
Motivasi Pelajar Cemerlang / Forum Perdana (3 bulan sekali): Diadakan
pertengahan/sebelum masuk waktu (musim) peperiksaan- untuk pelajar
Kelas Al-quran (Lancar & Qiraati)
Program Ihya' Ramdhan: Bermula awal Ramadhan berakhir 1 Syawal
Kursus Motivasi Islam di Pasaraya, Premis Perniagaan , Panjaja, Perkilangan dan
Perhotelan (2 kali sebulan)
Usrah dan Kepimpinan MPKB
Mengendalikan Tabung Amal dan Kebajikan MPKB
Program-program Kebajikan
Program-Program Belia seperti: Program Jejak
Pondok Belia Bermoto, Kem Syaksiah Remaja dan sebagaimnya |