Siri Celik Undang-undang Kecil

Jabatan Undang-undang
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospiotal, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Apakah Undang-Undang Kecil?  
Undang-Undang Kecil atau 'by-laws' dalam bahasa Inggeris adalah perundangan subsidiari kepada undang-undang ibu, Ia digubal oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Perundangan subsidiari ini dikenali juga dengan nama Perintah, Kaedah, Peraturan dan sebagainya  
  Pindaan Undang-Undang Kecil
  Pindaan kepada undang-undang kecil yang telah diwartakan boleh dibuat daripada masa ke semasa berdasarkan keperluan mengikut prosedur penggubalan yang sama
Kadar Kompaun  
Berdasarkan Undang-Undang Kecil Mengkompaun KesalahanMPKB(pindaan) 2002, perlanggaran mana-mana  uandang-undang kecil boleh dikompaun dan tawaran bayaran kompaun adalah sehingga maksima RM 500.00. Manakala kadar maksima kompaun kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 196 (Akta 171) ialah RM 1,000.00.  
  Penalti/Denda
  Sekiranya tawaran kompan tidak dijelaskan, perlanggaran mana-mana undang-undang kecil boleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penalti/dnda sehingga maksima RM 2,000.00 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi keslahan yang berterusan selepas sabitan, denda boleh dikenakan maksima RM200.00 sehari


Senarai Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu Senarai Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu (Pindaan)
Sehingga 204, undang-undang kecil yang digunapakai di Majlis Perbandaran Kota Bharu adalah sebagaimana berikut: Sehingga 2004, undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu (Pindaan) adalah sebagaimana berikut:-
1 Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MPKB 1983
2 Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau MPKB 1983
3 Undang-Undang Kecil Pasar MPKB 1986
4 Undang-Undang Kecil Iklan MPKB 1990
5 Undang-Undang Kecil Taman MPKB 1986
6 Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut MPKB 1986
7 Undang-Undang Kecil Penjaja MPKB 1986
8 Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPKB 1986
9 Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB 1987
10 Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB 1985
11 Undang-Undang Kecil Kecil Tempat Letak Kereta Persendirian MPKB 1987
12 Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah MPKB 1985
13 Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1985
14 Undang-Undang Kecil Rumah Tumpangan MPKB 1989
15 Undang-Undang Kecil Tandas Awam MPKB 1990
16 Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya MPKB 1989
17 Undang-Undang Kecil Kedai Dobi MPKB 1990
18 Undang-Undang Kecil Vandalisme  MPKB 1994
19 Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing MPKB 1995
20 Undang-Undang Kecil Kerja Tanah MPKB 1990
21 Kaedah-Kaedah Pegawai MPKB (Kelakuan Dan Tatatertib) 1983
22 Perintah (Tempat-Tempat Letak Kereta) (Kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu) 1985
23 Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) MPKB 2000
24 Perintah Lalulintas Jalan (Larangan Ke Atas Penggunaan Jalan ) MPKB 2002
1 Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MPKB (Pindaan) 1987
2 Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau MPKB (Pindaan) 2003
3 Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut MPKB (Pindaan) 2003
4 Undang-Undang Kecil Penjaja MPKB (Pindaan) 2003
5 Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPKB (Pindaan) 1990
6 Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB (Pindaan) 1989
7 Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB (Pindaan) 2003
8 Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB (Pindaan) 2002
9 Undang-Undang Kecil Rumah Tumpangan MPKB (Pindaan) 2003

 

 

Jabatan Undang-undang
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospiotal, 15000 Kota Bharu, Kelantan
09 7484477 sam. 2169