Kad Pintar Letak Kereta

Bahagian letak Kereta
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospiotal, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Pengenalan  
Bahagian Letak Kereta menyediakan satu lagi alternatif perkhidmatan KAD PINTAR dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna tempat letak kereta MPKB-BRI  
  Keistimewaan Kad Pintar

Mudah
Sistem ini menerima syiling seperti meter lama dan ia juga menawarkan pilihan menggunakan kad.

Mesra
Ke arah penggunaan sistem yang canggih dan tidak perlu berfikir untuk menyediakan syiling.

Jimat
Elakkan pembaziran kerana pengguna hanya membayar masa yang digunakan dan dapatkan kembali baki wang yang masih ada.

 

Cara Penggunaan Nilai Kad
  • Masukkan Kad Pintar ke ruang yang disediakan dan meter akan menunjukkan wang yang ada di dalam Kad Pintar untuk tempoh masa 10 jam
  • Keluarkan Kad anda dari meter untuk simpanan anda
  • Setelah selesai urusan Kad Pintar perlu dimasukkan semula dan meter akan menunjukkan baki wang yang masih ada
  • Kad bernilai RM 30.00 untuk belian selama 37 jam
  • Kad bernilai RM 50.00 untuk belian selama 62 jam